mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2017 – USAHAWAN-ROSMALIZA DOLLAH

USAHAWAN -DADIH, PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN

Nama    : ROSMALIZA DOLLAH

Umur    : 40 TAHUN

Ahli      : 2017

Latar belakang

Rosmaliza merupakan merupakan guru Kafa di Sekolah Kebangsaan Peria. Kerjaya tidak menghalang beliau untuk menjadi usahawan. Malahan minat yang mendalam mendorong beliau meningkatkan taraf ekonomi keluarganya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau cuba mempromosikan Dadih beliau kepada jiran- jiran di sekitar rumahnya dan di sekolah- sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal tahun 2017, beliau telah mendaftar sebagai ahli PI Kg Pahi atas dorongan rakannya yang pernah mengunjungi PI Kg Pahi. Beliau didedahkan dengan pelbagai kemudahan dan berminat untuk menyertai kursus anjuran PI1M. Melalui kelas-kelas yang pernah disertai di PI Kg Pahi, beliau kini semakin bijak menggunakan Komputer serta menggunaakan kemudahan internet yang disediakan untuk memperkenalkan perniagaan yang dijalankan kepada penduduk tempatan terutamanya. Kinii beliau mampu menguruskan perniagaannya tanpa menggunakan banyak masa dan tenaga.

ROSMALIZA