USAHAWAN- PERKHIDMATAN URUTAN WANITA
Nama : PN AZLINA BINTI MOHAMMAD Umur : 42 TAHUN Ahli : 2017 |
Latar belakang
Pn Azlina merupakan seorang surirumah yang mempunyai 4 orang anak. Beliau telah lama terlibat dengan dengan my bidan dan beliau seorang yang sangat aktif menyertai seminar/kursus di bawah ‘mybidan house’ terutama untuk meningkatkan kemahiran beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan hanyalah 1-3 orang sahaja sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Pahi, beliau yang telah mempunyai akaun fb sendiri namun disebabkan factor umur serta kekangan masa menyebabkan Pn. Azlina amat jarang mengemaskini fbnya serta kurang pengetahuan dalam menguruskan akaun fbnya. Setelah beberapa kali hadir ke pusat internet serta dengan keinginan untuk belajar, beliau tidak keberatan menyertai kelas yang dianjurkan oleh petugas PI. Hasilnya kini, beliau boleh menguruskan sendiri akaun facebook sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan yang ditawarkan oleh beliau. Pelanggan beliau juga semakin meluas, tidak lagi terdiri dari jiran tetangga sahaja. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM2500.