USAHAWAN- PERKIMPALAN (WELDING)
Nama : NAPIZA BIN MA HASSAN Umur : 43 TAHUN Ahli : 2017 |
Latar belakang
En. Napiza merupakan anak jati kg pahi. Beliau bertugas sebagai pengawal di sekolah rendah pahi. Sebagai aktiviti sampingan, beliau dikenali di kg pahi sebagai seorang yang berkemahiran dalam melakukan ‘welding’ .Di kg pahi beliau adalah satu-satunya usahawan yang menjalankan perniagaan welding/kimpalan. Oleh itu, sambutan dari penduduk kampong sangat baik terhadap perniagaan beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau melibatkan diri secara serius dengan membuka premis perniagaan berhampiran rumahnya hampir 5 tahun lalu. Sebelum ini, purata pendapatan dari perniagaan beliau adlah RM800-RM1000/m.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Semenjak PI Kg Pahi beroperasi sekitar penghujung 2015, En napiza merupakan antara penduduk terawal yang berminat untuk menyertai kelas asas ICT yang dianjurkan oleh petugas PI. Beliau telah mendaftar sebagai ahli PI dan meyertai kelas asas ICT serta kelas Intel Easy Step pada tahun 2016.
Kini beliau mempunyai system penyimpanan maklumat perniagaan yang lebih teratur berbanding sebelumnya. Beliau juga semakin mahir menggunakan Whatup sebagai medium perhubungan beliau bersama pelanggannya. Pendapatan beliau telah meningkat sehingga RM2000 daripada perniagaan kimpalannya.