USAHAWAN- PERKHIDMATAN JAHITAN
Nama : PN HASNIRA BINTI RASHID Umur : 40 TAHUN Ahli : 2014 |
Latar belakang
Hasnira merupakan usahawan yang menawarkan perkhidmatan jahitan seperti baju kurung,blouse,jubah dan banyak lagi. Beliau merupakan seorang surirumah dan mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah. Bagi membantu meringankan beban suaminya beliau nekad menceburi bidang ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan hasil dari jahitan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan bantuan staff Pusat internet Hasnira telah membuka satu akaun facebook,whats app dan instagram untuk tujuan promosi produk jualannya secara atas talian. Beliau juga didedahkan tentang pengurusan kewangan dalam perniagaan. Kini, pendapatan bulanan yang diperolehinya meningkat dari sebelumnya.