USAHAWAN CENDOL PULUT TAPAI- ISMA CPT
Nama : Ismail bin Mohamad Umur : 35 TAHUN |
Latar belakang
En.Ismail berasal dari dabong, kuala krai. Selepas berlakunya kejadian banjir besar atau bah kuning yang melanda negeri Kelantan pada penghujung tahun 2014, En. Ismail telah berhijrah ke Kuala Krai untuk mencuba nasib di tempat baru sebagai usahawan cendol pulut tapai. Kini en. Ismail dalam perancangan untuk memperlua sserta mengukuhkan lagi nama CPT ISMA di sekitar kuala krai.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pada pertengahan tahun 2015, En. Ismail telah menjejak kaki ke Pi1m buat pertama kalinya. Beliau dengan bantuan staff PI1M telah membuka satu akaun facebook dengan ISMA CPT-CENDOL PULUT untuk tujuan promosi produk jualannya secara atas talian.En Ismail telah dijar cara untuk mengupdate status terbaru, memasukkan gambar2 produk/pelanggan serta mengelike dan komen status serta dinasihatkan untuk sentiasa mengemaskini akaun facebooknya untuk menarik minat bakal pelanggan. Kini, En Ismail semakin mahir dalam menguruskan akaun perniagaannya sendiri malah setelah hampir 3 tahun menjalankan perniagaan CPT ISMA, pendapatan bulanan yang diperolehinya meningkat serta mampu mempunyai 9 orang pekerja