USAHAWAN – MAKANAN BASAH
Nama : Siti Nabinar Zarudin Umur : 21 TAHUN Ahli : 2017 |
Latar belakang
Cik Nabinar merupakan lepasan graduan diploma dari IPT. Menyedari keadaan ekonomi semasa serta cabaran graduan muda dalam peluang pekerjaan semasa, beliau mengambil langkah kehadapan dengan mengusahakan sebuah perniagaan beasaskan minatnya dalam bidang pemakanan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Oleh kerana baru sahaja menamatkan pengajiannya pada penghujung tahun 2016, pembukaan perniagaan SNZ Corner adalah pekerjaan pertamanya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pada awal tahun 2017, beliau telah mendaftar sebagai ahli PI1M Kg Pahi untuk menikmati kemudahan internet/kelas yang disediakan oleh pihak PI1M. Melalui kelas-kelas yang pernah disertai di PI1M Pahi, beliau kini semakin bijak menggunakan computer serta menggunaakan kemudahahn internet yang disediakan untuk memperkenalkan perniagaan yang dijalankan untuk disedari oleh penduduk tempatan terutamanya. Hasilnya, kini beliau mampu berdiri atas kaki sendiri dalam menguruskan perniagaannya tanpa mengharapkan peluang pekerjaan seperti lepasan university yang lain.