mcmc
Keusahawanan

TUKANG JAHIT

Era atau nama sebenarnya Hasnira binti Rashid merupakan salah seorang tukang jahit yang dikenali ramai masa kini. Beliau mempunyai kemahiran dalam menjahit pelbagai fesyan baju mengikut citarasa pelanggan. Mempunyai 4 orang anak, 3 perempuan dan 1 orang lelaki yang masih bersekolah.

Minat menjahit sejak dari bangku sekolah lagi mendorong beliau untuk belajar dari ibu dan terus mengikuti kursus anjuran Pembangunan Wanita Keluarga dan Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan (PPWK). Beliau mula berjinak- jinak dengan perniagaan setelah permohonan 1 Azam beliau diluluskan, dengan ini beliau dapat membantu meringankan beban suaminya memandangkan ekonomi sekarang yang tidak menentu. Beliau mempunyai kemahiran menjahit baju kurung, baju kurung moden, dress, jubah, blouse dan banyak lagi. 

Beliau berharap suatu hari nanti beliau dapat membuka butik keluarga yang dikenali ramai. Beliau juga berhasrat ingin mencurahkan ilmu yang dipelajarinya kepada anak- anak dan kepada mereka yang memerlukan tunjuk ajar.