Pada mulanya Pusat Internet 1Malaysia Kg Pahi dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti yang mula beroperasi pada 1 Oktober 2009 bertempat di Kg Lepan Jenut, Manek Urai. dan kemudian dikenali dengan Pusat Internet 1Malaysia Manek Urai. Pada Mei 2015, Pusat Internet 1Malaysia Manek Urai ditutup dan berpindah ke Kg pahi. pada 4 november 2016 Pusat Internet 1Malaysia Kg Pahi mula beroperasi dan mendapat sambutan baik dari penduduk setempat dan sekitarnya.
Pusat Internet 1Malaysia Kg Pahi adalah salah satu projek Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM )yang telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP)
- Antara program yang ditawarkan di pusat internet adalah
-Kursus Asas Dekstop Publishing (Microsoft Word, Excel & Powerpoint)
-Intel Learn Easy Step
– Latihan Keusahawan
- -Kempen Klik Dengan Bijak (KDB)
- -Dashboard Community