mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2020 – CELIK IT Kisah Kejayaan (Mohd Faizal)

Nama

MOHD FAIZAL BIN JAAFAR

Umur

33

Email

No. Telefon

 

Alamat

Kg Pahi, Kuala Krai, Kelantan

Tahun menjadi Ahli PI1M

13/2/2019

 

Latar belakang

Mohd Faizal merupakan seorang OKU dalam pembelajaran. Beliau tidak menamatkan zaman sekolah seperti rakan seusianya yang lain. Beliau mengalami masalah dalam mengenal huruf, membaca malah menulis. Faizal berkerja sebagai pembantu kantin di sekolah menengah pahi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semenjak Pusat Internet Kg Pahi dibuka pada tahun 2015, beliau jarang menggunakan kemudahan disini. Namun pada tahun 2019, beliau telah mendaftarkan diri sebagai ahli pusat internet. Sebelum mendaftar ahli, beliau hanya hadir sebagai peneman rakan-rakannya yang lebih muda daripadanya untuk melihat youtube di PC. Beliau sangat menggemari ‘Dikir Barat’ dan banyak melihat video berkaitan di youtube.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaan, apabila beliau hadir kepusat internet beliau akan meminta tolong petugas untuk membuka PC dan membuka youtube. Kini, beliau semakin mahir menggunakan computer terutama untuk menaip no IC nya sendiri dan membuka youtube ‘DIKIR BARAT’ kegemarannya. Walaupun ini sahaja pencapaian beliau, namun usaha beliau yang sentiasa hadir ke pusat internet setiap hari dan meluangkan masa selama 1 jam untuk melihat video dan belajar mengenai ‘dikir barat’ melalui youtube.

 

 

Mohd Faizal sentiasa memberi sokongan apabila Pusat Internet menganjurkan program yang melibatkan komuniti.

 

 

Mohd Faizal sedang khusyuk mendengar lirik dikir barat di youtube.