mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2019- USAHAWAN- NORAINI NOR

2

USAHAWAN -MASAKAN 

 

Nama     : NORAINI 

Umur     : 34 TAHUN

Ahli        : 27/04/2014

Latar belakang

Pn. Noraini merupakan seorang suri rumah yang mempunyai  2 orang cahaya mata yang masih bersekolah. Beliau mula berjinak-jinak dengan perniagaan setelah beliau didedahkan dengan media social dengan sokongan suami dan keluarga. Sebagai suri rumah, Pn Noraini sememangnya mahir dengan pelbagai masakan. Namun beliau telah berputus asa setelah gagal dalam perniagaan masa lalunya.Namun dengan dorongan suami dan keluarga, beliau semakin yakin akan terus maju

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semenjak beliau mengunjungi Pusat Internet dalam salah satu Program usahawan, beliau cuba memasarkan gerainya menggunakan media social. Beliau kerap mengunjungi PI samaada untuk menyertai program atau menggunakan perkhidmatan  di PI dan juga akan mempelajari cara mempromosikan gerainya dengan bantuan staf.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Akhirnya dengan kemahiran ict yang diperolehi, beliau telah berjaya memajukan perniagaannya. Beliau juga turut mempromosikan perniagaannya melalui laman social seperti FB, dashboard dan whats app.

                                     2