CELIK IT – ASAS KOMPUTER, MEDIA SOSIAL
Nama : IZATUL ASYIKIN Umur : 15 TAHUN Ahli : 2015 |
Latar belakang
Izatul Asyikin merupakan pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pahi. Beliau merupakan salah seorang ahli terawal Pusat Internet Kg Pahi. Beliau telah mendaftar sebagai ahli PI pada tahun 2015. Beliau tinggal berdekatan dengan PI
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Disebabkan jarak rumah dengan PI yang dekat, beliau sering berkunjung ke PI untuk menyertai aktiviti dan kelas yang dianjurkan oleh PI. Pada masa itu beliau berumur 11 tahun yang mana beliau masih tidak didedahkan dengan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menghadiri kelas dan bengkel, beliau mula menunjukkan banyak peningkatan berkaitan ICT. Beliau juga menghadiri kelas asas Komputer, origami dan menaip pantas. Sehingga kini, beliau masih mengunjungi PI. Malahan beliau juga mengajak rakan- rakan untuk mengunakan perkhidmatan PI.