PENGUSAHA KEDAI MAKAN
Nama : NURUL ASMA Umur : 35 TAHUN Ahli : 2018 |
Latar belakang
Pn Nurul yang sebelum ini bergelar suri rumah sepenuh masa kini mengambil langkah dengan memulakan perniagaan kedai makan yang terletak berhampiran pusat internet kg pahi.Kedai makan miliknya beroperasi setiap hari kecuali hari Jumaat dan dibuka seawall pagi sehingga 10 malam Antara menu yang menarik adalah masakan panas serta ala barat turut disediakan dengan harga berpatutan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Disebabkan perniagaannya yang masih baru iaitu hampir 7-8 bulan, pendapatan purata setiap bulan sukar untuk dianggarkan. Namun pendapatan tertinggi yang pernah diperolehi oleh Pn Nurul sepanjang perniagaannya berjumlah RM 2000.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pn. Nurul merupakan seorang peramah dan sentiasa memberi kerjasama sekiranya dimaklumkan mengenai program/kelas yang akan diadakan di PI terutamanya melibatkan keusahawanan. Antara kelas yang pernah dihadiri oleh Pn Nurul adalah kelas keusahawanan anjuran UMK,MDEC & PI, kelas erezeki, serta program-program anjuran PI Kg Pahi.