BUTIK PENGANTIN, MAKE UP
Nama : SAADAH BT YUSOF Umur : 30 TAHUN Ahli : 2009 |
Latar belakang
Pn Saadah adalah seorang surirumah yang mempunyai 1 orang anak. Beliau merupakan seorang pelajar dari Universiti Malaysia Sabah. Beliau menceburi bidang ini 2 tahun lepas kerana tidak diberi peluang untuk bekerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pn Saadah menyedari pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1500 sahaja sebulan malahan jumlah pelanggan bulanan hanyalah 1-5 orang. Pn Saadah ingin meningkatkan pasaran perniagaan beliau melalui atas talian dan beliau memilih untuk menyertai kursus keusahawanan yang di tawarkan di Pusat internet kg Pahi
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beberapa kali hadir ke pusat internet dengan menyertai kursus- kursus yang ditawarkan, beliau akhirnya dapat memasarkan produk beliau secara atas talian (online). Beliau mempromosikan perkhidmatan dan juga produk menerusi facebook dan juga Instagram. Hasilnya kini, beliau telah dikenali ramaidan pelanggan beliau juga semakin meluas. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM10 000.