BELAJAR MICROSOFT OFFICE, MENAIP DAN MEDIA SOSIAL
Nama : M. HAIRUL AIZAD Umur : 14 TAHUN Ahli : 2017 |
Latar belakang
M.Hairul Aizad atau lebih dikenali Aizad merupakan seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pahi. Beliau tinggal berdekatan dengan Pusat Internet Kg Pahi. Hampir setiap hari beliau datang untuk mengisi masa lapang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau selalu mengisi masa lapang dengan menonton televisyen di rumah dan bermain bola sepak bersama kawan-kawannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Tugasan Sekolah telah membuka mata aizad untuk terus berkunjung ke PI Kg Pahi. Beliau diberi pendedahan dan tunjuk ajar oleh petugas untuk mencari maklumat berkaitan dengan tugasan sekolah. Malahan beliau telah menyertai pelbagai aktiviti dan program anjuran PI. Selain latihan dan bengkel, beliau juga telah didedahkan dengan media social seperti facebook yang mana beliau sering mendapatkan maklumat dan ilmu dari media social tersebut.