Nama : LIZA YUNUS Umur : 30 TAHUN Ahli : 2018 |
Latar belakang
Pn Liza merupakan seorang surirumah yang mempunyai 2 orang anak. Beliau telah lama menceburi perniagaan makanan dan baru mendaftar sebagai agen produk kesihatan dan kecantikkan iaitu Ayra Beauty.Beliau seorang yang sangat aktif menyertai seminar/kursus terutama untuk meningkatkan kemahiran beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM800 sahaja sebulan.perniagaan melalui secara langsung sahaja. Jumlah pelanggan bulanan hanyalah 1-5 orang sahaja sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Pahi, beliau yang telah mempunyai akaun fb sendiri Setelah beberapa kali hadir ke pusat internet dengan menyertai kursus- kursus yang ditawarkan, beliau akhirnya dapat memasarkan produk beliau secara on line. Hasilnya kini, beliau boleh menguruskan akaun facebook sendiri dan mempromosikan perniagaan beliau. Pelanggan beliau juga semakin meluas dan pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM2500.