Nama : ANIS AHMAD Umur : 22 TAHUN Ahli : 2018 |
Latar belakang
Anis ahmad merupakan seorang lepasan sijil di sebuah politeknik di semenanjung. Menyedari keadaan masa kini serta kebanjiran lepasan pengajian tinggi, beliau berani bertindak menceburi minat beliau sebagai usahawan dalam menghasilkan kek.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebagai seorang belia masa kini, beliau tidak ketinggalan dalam arus teknologi terkini. Hampir 1 tahun setengah menceburi bidang keusahawan pembuatan kek secara serius, kini beliau semakin dikenali dikalangan masyarakat setempat terutama sekitar Kuala Krai.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Anis ahmad merupakan salah seorang pengunjung kerap PI Pahi. Beliau setiasa memberi kerjasama terhadap program PI sekiranya berkelapangan. Beliau pernah menyertai kelas asas computer serta kelas pendaftaran erezeki di PI Pahi. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan lain seperti printing, fotostet bahan promosi perniagaanya serta merupakan salah seorang pengguna tegar kemudahan WK yang terletak berhampiran premisnya.