mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2018 – CELIK IT- BELIA

e

CELIK IT- E-REZEKI

 

Nama    : –

Umur    : 18-32 TAHUN

Ahli      : 2018

 

Latar belakang

Peserta E-Rezeki bulan ogos terdiri daripada lepasan sekolah, pelajar kolej/university termasuk suri rumah serta belia yang sedang mencari pekerjaan. Rata-rata peserta ini, pernah mendengar mengenai program ‘e-usahawan/e-rezeki’ di bawah anjuran MDEC ini namun tidak mengetahui dengan mendalam mengenainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kebanyakan peserta yang menyertai program pendaftaran e-rezeki di PI Kg Pahi mempunyai pengetahuan asas berkenaan penggunaan computer/ ICT. Melalui program erezeki ini, peserta diwajibkan untuk membuat email dan diajar mengenai penggunaan email oleh petugas. Selain itu, dengan melakukan pendaftaran e-rezeki peserta didedahkan dengan salah satu cabang untuk peserta meningkatkan pendapatan peserta.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum pendaftaran erezeki dilakukan, peserta dikehendaki mempunyai email untuk tujuan verifikasi dari pihak erezeki. Disini, peserta didedahkan berkenaan penggunaan email seterusnya melakukan pendaftaran erezeki secara atas talian. Peserta dikehendaki memasukkan maklumat berkenaan diri peserta, pendidikan, pendapatan, serta kemahiran yang ada dalam diri peserta.Melalui program e-rezeki ini dapat membuka mata peserta dimana peserta berpeluang menggunakan kemudahan yang ada di platform erezeki untuk mencari duit poket/ meningkatkan pendapatan peserta berdasarkan kerajinan, minat, kemahiran individu itu sendiri.

e