CELIK IT – ASAS KOMPUTER, MENAIP DAN MENCARI MAKLUMAT
Nama : MOHAMMAD ADAM ASYRAF Umur : 12 Tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
Adam Asyraf merupakan seorang pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Kg Pahi. Beliau tinggal berhampiran pusat internet. Beliau mengunjungi Pusat internet dan terus menjadi ahli pada tahun 2018 tanpa pengetahuan tentang ICT
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pertama kali hadir ke pusat internet ketika berusia 10 tahun bersama rakan-rakannya untuk menghadiri kelas Asas Komputer. Beliau dan rakan- rakan sentiasa menyertai kelas yang diadakan di PI. Antaranya kelas origami, asas computer, mewarna online dan kelas asas internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beberapa kali mengunjungi PI, beliau terus bersemangat untuk mempelajari ICT dengan lebih mendalam. Beliau juga menyertai pelbagai pertandingan yang diadakan di PI. Akhirnya beliau boleh melayari internet dan menyiapkan kerja sekolah tanpa bimbingan dari petugas mahupun rakan- rakan.