Q2 2025 – KISAH KEJAYAAN (NADI E-SUKAN)

Kisah Kejayaan | 4 October 2025
NAMAAIDIL HAZAMI LIEN BIN MOHD AMIN LIEN
UMUR20 TAHUN
TAHUN MENJADI AHLI NADITAHUN 2025

Latar Belakang:

Aidil Hazami merupakan seorang pelajar IPT. Beliau tinggal di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, Kelantan. Beliau telah mendaftar sebagai ahli NADI pada tahun 2025. Sebelum menyertai NADI, beliau meminati permainan sukan dalam talian seperti Mobile Legends. Akan tetapi, beliau belum pernah menyertai mana-mana pertandingan. Oleh itu, beliau menyertai program-program NADI di bawah E-Sukan untuk mengembangkan lagi bakat beliau dalam sukan atas talian.

Sebelum Penglibatan NADI:

Aidil Hazami merupakan salah seorang peserta sukan dalam talian Mobile Legends. Sebelum penglibatan dalam NADI E-Sukan, pemain hanya bermain MLBB secara santai bersama rakan-rakan tanpa pendedahan kepada latihan teratur, strategi pasukan, dan peluang menyertai pertandingan rasmi. Beliau juga tidak didedahkan dengan ilmu berkenaan dengan kesedaran E-sukan dan sebagainya.

Selepas Penglibatan NADI:

Kini, setelah menyertai NADI E-Sukan, beliau mempelajari dapat mempelajari pelbagai ilmu dan tips yang berkesan untuk sukan dalam talian. Selepas menyertai NADI E-Sukan, pemain mula mendapat bimbingan, pendedahan kepada strategi permainan serta latihan yang lebih tersusun. Pemain berpeluang menyertai pertandingan rasmi yang meningkatkan keyakinan diri dan pengalaman dalam dunia e-sukan. Melalui penglibatan ini, mereka berjaya membina semangat berpasukan, disiplin, dan kemahiran komunikasi yang lebih baik.

Gambar disini

Video Disini