Q2 2023 – CELIK IT (Muhamad Farhan Danial Bin Sayuti)
Latar belakang Muhamad Farhan Danial Bin Sayuti atau lebih dikenali sebagai Farhan telah mendaftar sebagai ahli PEDi Kampung Pahi pada 28 Julai 2023. Beliau merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Pahi yang terletak berdekatan dengan PEDi Kampung Pahi dan merupakan pelajar tahun lima. Beliau mengikuti kelas Latihan ICT kerana ingin mempelajari cara-cara menggunakan aplikasi komputer. Selain itu, beliau juga ingin mempelajari tentang Microsoft Office kerana beliau perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru di sekolah. Beliau telah mengaplikasikan apa yang telah dipelajari untuk menyiapkan tugasan tersebut. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi – Sebelum beliau mengikuti kelas ICT di PEDi Kampung Pahi, beliau kurang pengetahuan tentang aplikasi komputer dan asas menaip. Beliau mula mengikuti kelas ICT kerana ingin meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran beliau. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi – Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Kampung Pahi, Farhan semakin mahir menggunakan komputer. Disamping itu, beliau juga semakin mahir menggunakan Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point. Tambahan lagi, beliau juga boleh menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas PEDi Kampung Pahi dalam tempoh masa yang ditetapkan. |
Apa yang dipelajari melalui PEDi -pengenalan kepada perkakasan komputer -asas menaip (Microsoft Word) -membuat slaid pembentangan (Microsoft Power Point) -Mencipta logo dan poster (Canva) -tanyangan belajar melalui youtube -Kuiz -Aktiviti STEM Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT – PEDi Kampung Pahi membantu melalui penyediaan fasiliti yang lengkap dan selesa untuk memudahkan peserta yang menyertai kelas latihan yang diadakan di PEDi Kampung Pahi. – Memberi kelas tambahan dalam pelbagai aspek ilmu ICT seperti Canva. – Tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB) dan penerangan untuk meningkatkan tahap kesedaran agar peserta dapat menggunakan internet dengan berhemah dan bijak. |