CELIK IT : MICROSOFT WORDS (RESUME)
Nama : Ellyana Aimi Bt Mohd Azuwadi
Umur : 19 tahun
Ahli : 2018
Latar Belakang
Ellyana Aimi merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pahi. Beliau tinggal berhampiran dengan Pusat Internet Kampung Pahi dan beliau juga sering mengunjungi Pusat Internet untuk menyiapkan tugasan dari guru.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan ICT
Ellyana Aimi hadir ke Pusat Internet ketika berusia 17 tahun bersama rakan-rakannya untuk menyiapkan kerja kursus / tugasan sekolah. Beliau dan rakan-rakannya sentiasa mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Internet. Antaranya ialah asas computer, Microsoft words, asas internet dan juga resume untuk kegunaan di masa hadapan.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI.
Selepas beberapa kali mengunjungi Pusat Internet, beliau telah berjaya membuat resume sendiri untuk kegunaan permohonan kerja di Bandar Kuala Krai. Beliau terus bersemangat untuk mempelajari ICT dengan lebih mendalam kerana bagi beliau ICT amatlah penting pada masa kini.