CELIK IT : ASAS KOMPUTER
Nama : Muhd Thasa
Umur : 16 tahun
Ahli : 2019
Latar Belakang
Muhd Thasa merupakan pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Pahi. Beliau tinggal berhampiran dengan Pusat Internet Kampung Pahi dan beliau juga sering mengunjungi Pusat Internet untuk menyiapkan tugasan dari guru.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan ICT
Muhd Thasa hadir ke Pusat Internet ketika berusia 15 tahun bersama rakan-rakannya untuk mencari bahan atau maklumat mengenai kerja kursus yang diberikan oleh guru sekolah. Beliau dan rakan-rakannya sering hadir ke Pusat Internet (PI) untuk membuat perbincangan mengenai tugasan sekolah.Disamping itu juga, beliau juga pernah menghadiri kelas asas menaip di Pusat Internet (PI).
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI.
Selepas beberapa kali mengunjungi Pusat Internet, beliau telah mempelajari cara-cara penggunaan internet, cara mencetak hasil kerja dan juga cara menukar Microsoft words office kepada Portable Document Format (PDF). Beliau terus bersemangat untuk mempelajari ICT dengan lebih lagi kerana bagi beliau penggunaan ICT amatlah penting dalam pelajaran.