mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2025 – KISAH KEJAYAAN (MAHIR MASAK)

NAMASITI NOOR AZIZAH BINTI MOHD GHAZALI
UMUR37 TAHUN
TAHUN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI NADITAHUN 2022

Latar belakang:

Puan Siti Noor Azizah merupakan ibu tunggal yang mempunyai 4 orang anak yang terletak dibawah jagaannya. Puan Azizah menjalankan perniagaan membuat kuih-muih dengan menghantar ke kedai berhampiran sekitar Kg. Pahi dan juga mengambil tempahan individu yang berminat terhadap penghasilan kuihnya. Beliau lebih fokus dan mahir dalam menghasilkan kuih-muih tempatan seperti kuih tepung bungkus, nona manis, dan beberapa jenis kuih lagi.

Sebelum Penglibatan NADI:

Puan Azizah hanya mempunyai tahap pendidikan sehingga SPM sahaja. Namun begitu, beliau tidak menjadikan tahap pendidikan beliau sebagai halangan dalam mengikuti arus teknologi semasa. Walaupun selepas menghadapi beberapa liku dalam kehidupannya, beliau bangkit semula selepas kegagalan dalam rumahtangganya. Namun begitu, berkat kegigihan dan kesanggupan beliau, beliau tidak malu untuk bertanya dan hadir ke NADI apabila mendengar pihak NADI menganjurkan program berkaitan ICT dan juga kelas mahir masak.

Selepas Penglibatan NADI:

Puan Azizah melihat NADI Kampung Pahi sebagai satu ruang untuknya meneroka teknologi terkini terutama berkaitan dengan ICT dan Kelas Mahir.

Puan Azizah telah mendaftar keahlian NADI dengan harapan beliau dapat menggunakan kemudahan dan bantuan petugas yang ada dapat membantu beliau dalam permasalahannya. Dengan ketekunannya mengunjungi dan belajar di NADI, beliau aktif dalam menyertai program semasa yang dianjurkan oleh pihak NADI termasuklah kelas mahir masak.

Gambar disini

Video Disini