Q1 2024 – Kisah Kejayaan Usahawan ZURIANI BINTI MOHAYEDI
Nama Usahawan : ZURIANI BINTI MOHAYEDI
Umur : 36 tahun
Bentuk Perniagaan : Pakaian Kanak-kanak dan Wanita
Latar belakang
Puan Zuriani atau lebih mesra dikenali dengan nama Kak Zue merupakan seorang ibu dan juga seorang usahawan yang menjalankan aktiviti perniagaan. Beliau berniaga pakaian kanak-kanak dan wanita.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum beliau melibatkan diri dengan NADI, beliau mempunyai pengetahuan yang sedikit mengenai jualan di atas platform media sosial. Selain itu, perniagaan beliau lebih kepada jualan secara ”offline”.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Pada awal tahun 2024, beliau mula menghadiri kelas keusahawan di NADI Kampung Pahi. Antara kelas keusahawanan yang beliau pernah hadir di NADI Kampung Pahi ialah kelas kemahiran keusahawanan. Beliau belajar tentang cara-cara permohonan lesen CSA dibantu oleh petugas NADI. Selain itu, beliau juga sering berhubung dengan petugas secara atas talian bagi mempelajari ilmu baharu, sebagai contoh bertanyakan dengan petugas cara-cara untuk mengemaskini katalog kedai di aplikasi Whatsapp. Disamping itu juga, beliau juga mendapat pengetahuan tentang Pengurusan Kewangan Perniagaan dan Pengurusan Sumber Manusia. Setelah menghadiri kelas keusahawanan, beliau telah mahir untuk mempromosikan produk jualannya melalui platform media sosial seperti Whatsapp dan Facebook.
Apa yang dipelajari melalui NADI
- Latihan Kemahiran Keusahawanan
- Kelas Online (Pengurusan Kewangan Perniagaan & Pengurusan Sumber Manusia)
Bagaimana NADI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- Dengan menghadiri kelas kemahiran keusahawanan di NADI Kampung Pahi, beliau telah mahir dalam platform jualan di media sosial.
- Selain itu, beliau juga sering mengunjungi NADI Kampung Pahi untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan disini.
- i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
Puan Zuriani sedang mengikuti kelas keusahawanan yang diadakan di NADI Kampung Pahi.
ii) Produk / Hasil Transformasi
– Pakaian Wanita
– Pakaian Kanak-kanak
Antara produk yang dijual oleh Puan Zuriani. Pakaian wanita dan kanak-kanak.
iii) Promosi di Media Sosial
Untuk tonton video, boleh klik Disini