mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2024 – CELIK IT : Kisah Kejayaan (Pn. Fatimah)

Q1 2024 – CELIK IT : Kisah Kejayaan (Pn. Fatimah)

Nama penuh : FATIMAH BT AB RAHMAN 

Umur : 52 tahun

 

Latar belakang

Pn. Fatimah merupakan seorang pembantu kantin di SMK Pahi. Beliau tidak mempunyai Pendidikan tinggi kerana hanya sempat bersekolah sehingga Tingkatan 2. Pn.Fatimah merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak. Beliau merupakan tulang utama bagi keluarganya dalam mencari rezeki.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pn. Fatimah merupakan antara pelajar dewasa yang pernah mengikuti kelas asas computer di NADI Kg Pahi sekitar tahun 2018. Beliau mempunyai minat untuk belajar computer dan menaip menggunaan Microsoft word. Beliau juga diajar mengenali kaedah melayari internet dengan petugas NADI Pahi. Selain itu, beliau turut diajar untuk menguasai telefon pintar yang dimilikinya bagi memahirkan dirinya untuk menggunakan kemudahan telefon pintar yang dimilikinya dengan maksimum.Walaupun mempunyai kekangan dalam pengurusan masa nya dalam bekerja, pengurusan rumah tangga dan kegiatan seharian lain, beliau kerap kali mengunjungi NADI Kg Pahi terutama apabila mempunyai kemuskilan berkaitan IT. Beliau tidak segan silu menghadirkan diri untuk belajar dengan petugas NADI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini, dapat dilihat pn Fatimah lebih mahir dalam penggunaan telefon pintar seperti Whatapps, TikTok, FB dan beberapa media social lain. Beliau juga sudah mampu berdikari dalam melayari internet untuk mendapatkan sesuatu maklumat yang diingininya. Malah yang terbaru, baru-baru ini beliau telah mengunjungi NADI Kg Pahi untuk mrndapatkan bantuan petugas NADI dalam mengajarnya untuk menggunakan kemudahan online banking. Ini bagi memudahkan beliau untuk menghantar duit kepada anaknya yang sedang belajar tanpa perlu lagi pergi ke banda semata-mata mengirimkan wang kepada anaknya.

Apa yang dipelajari melalui PEDi

-pengenalan kepada perkakasan komputer

-asas menaip (Microsoft Word)

-Melayari Internet (media social)

-Online Banking

-Kursus Pengendalian Makanan secara atas talian

 

Bagaimana NADI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • – NADI Kg Pahi membantu melalui penyediaan fasiliti yang lengkap dan selesa untuk memudahkan peserta yang menyertai kelas latihan yang diadakan di NADI Kg Pahi.
  • – Petugas NADI yang sentiasa bersedia membantu pengguna dalam menggunakan kemudahan yang disediakan di NADI.
  • – Meningkatkan kemahiran dan mengurangkan jurang teknologi tanpa mengira golongan.

 

Gambar terbaru Pn Fatimah belajar ‘online banking’. Untuk lihat gambar, boleh klik Disini