USAHAWAN- ASAS INTERNET, MEDIA SOSIAL, PERBANKAN INTERNET
|
Latar belakang
Norhidayah atau lebih dikenali Nor Dayah merupakan usahawan sepenuh masa. Beliau merupakan ibu kepada 3 orang anak yang masih bersekolah
Beliau mula berjinak-jinak dengan perniagaan setelah beliau berjaya menamatkan kursus bakery dan memulakan perniagaan dari rumah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebagai usahawan, Nor dayah sememangnya perlu menggunakan media social. Beliau perlu membahagikan masa untuk perniagaan dan tanggungjawab terhadap keluarga. Beliau berkunjung ke Pusat Internet atas saranan keluarga dan rakan sekerja. Beliau telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kg Pahi pada tahun 2018. Beliau kerap mengunjungi PI samaada untuk menyertai program atau menggunakan perkhidmatan di PI.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Nor Dayah sering memberikan kerjasama apabila dijemput untuk menyertai kelas atau program yang diadakan oleh PI. Akhirnya dengan kemahiran ict yang diperolehi, beliau telah berjaya mempromosikan kek- kek yang dihasilkan. Malahan beliau menggunakan media social untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan bidang yang diceburinya. Melalui media sosial, beliau dapat menimba ilmu pengetahuan dengan kemahiran berkaitan penyediaan, pembuatan dan hiasan kek. Kini, Kek beliau telah mendapat sambutan dari pelanggan.
