DROPSHIP PRODUK KESIHATAN
Nama : NOR SUHADA BINTI FAUZI Umur : 22 TAHUN Ahli : 09/02/2015 |
Latar belakang
Suhada merupakan seorang lepasan pelajar SPM dan tidak mendapat peluang pekerjaan. Namun beliau mempunyai minat dalam bidang perniagaan. Disebabkan tidak mempunyai modal, beliau memutuskan untuk menjadi agen dropship kepada beberapa produk kesihatan untuk menampung perbelanjaan seharian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Walaupun tidak mempunyai ilmu tenteng perniagaan, beliau berusaha untuk terus berjaya dan beliau sentiasa mencari ilmu tentang perniagaan. Beliau tidak mempunyai kenyakinan untuk menggunakan komputer dan smartphone disebabkan beliau tidak mempunyai pengetahuan dalam ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sehinggalah beliau diperkenalkan dengan PI Kg Pahi, beliau sering berkunjung ke PI Kg Pahi untuk mempelajari asas keusahawanan dan penggunaan komputer. Kini, beliau boleh mennggunakan komputer dan juga smartphone. Beliau juga didedahkan dengan penggunaan media social seperti facebook dan Instagram. Dengan kemahiran ini, lebih senang untuk beliau menguruskan perniagaan beliau dimana saja beliau berada.