mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2019 – USAHAWAN- HASNUBARI

HASNUBARI

PENGUSAHA UBATAN TRADISIONAL DAN PERENCAH MEE

Nama    : HASNUBARI BIN NAWI

Umur    : 46 TAHUN

Ahli      : 27/12/2013

Latar belakang

En Hasnubari merupakan seorang yang tidak mempunyai tahap pelajaran yang tinggi dimana beliau merupakan lepasan SRP sahaja. Namun beliau mempunyai minat yang mendalam untuk menguruskan perniagaan sendiri walaupun secara kecil-kecilan dan hanya tertumpu kepada penduduk sekitar/ ‘offline”.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Walaupun tidak berpelajaran tinggi, namun beliau seorang yang sentiasa bersedia untuk belajar ilmu baru. Sebelum mengenali PI, beliau seperti orang kampung seusianya yang tidak merasakan kepentingan ICT untuk orang seusianya, beliau  tidak mempunyai kenyakinan untuk menggunakan computer serta tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang  ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Walaupun tidak mempunyai kemahiran dalam penggunaan computer atau IT namun hasil kesungguhannya yang tidak jemu/segan untuk berkunjung ke PI Pahi mendorong beliau untuk mengetahui serba sedikit berkaitan computer. Kini, beliau boleh menggunakan computer secara asas seperti menaip dan melayari internet. Kemahiran ini sekaligus dapat membantu beliau dalam menguruskan perniagaanya secara atas talian.

                                   HASNUBARI