mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2019 – CELIK IT-TABIKA PERPADUAN TAMAN SRI RAHMAT

tbp

CELIK IT- PENGENALAN KOMPUTER

Nama    : TABIKA PERPADUAN TAMAN SRI RAHMAT

Umur     : 5 TAHUN

Peserta  : 30 ORANG

Latar belakang

Kira-kira 30 orang pelajar Tabika Perpaduan Taman Sri Rahmat dengan kerjasama guru serta ibu-bapa pelajar sebagai pengiring, program yang bertemakan Perkenalan Celik IT Bersama Si Cilik telah Berjaya dilaksanakan pada 18 April 2019. Program ini berlangsung bermula pukul 9.00 pg – 11 .00 pg.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Keceriaan dan keterujaan pelajar tabika ini jelas terpancar di wajah masing-masing apabila pertama kali menjejakkan kaki memasuki Pusat Internet Kg Pahi.Kebanyakan pelajar baru mengenali computer dalam bentuk fizikal kerana sebelum ini hanya mengenali internet/youtube hanya melalui telefon ibu-bapa sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaan program ini, pelajar didedahkan dengan pengenalan nama-nama serta perkakasan computer secara asas. Ini diikuti dengan kuiz ringkas padanan peralatan computer bagi munguji pemahaman pelajar. Seterusnya, pelajar diberi peluang untuk menggunakan computer serta mempelajari cara memegang serta mengawal tetikus melalui pertandingan mewarna online. Program ini diakiri dengan tayangan cerita serta nyanyian Didi & Friends.

                             tbp