AKOK SRI JENUT
Pengusaha akok Sri Jenut, Hj Zakaria bin Latif ini telah berkecimpung dalam industri akok, bahulu dan beko ini sejak tahun 2007. Hj zakaria atau digelar abe ya berjaya memajukan perniagaan beliau melalui secara langsung dan juga atas talian (online). Beliau berjaya mempromosikan produk beliau melalui atas talian (online) seperti facebook, whats app dan blogspot. Selain dari akok,bahulu dan beko, abe Ya juga menawarkan kek pisang dan santan segera. Isteri dan anak turut membantu beliau kerana permintaan yang tinggi dari masyarakat setempat.
Antara pakej yang ditawarkan ialah:
- Pakej Biasa
Akok =5pcs/ RM2
Bahulu= 7pcs /RM2
Kek Pisang = 6pcs/RM2
Beko =4 pcs/ RM2
- Pakej doorgift bahulu cermai packing plastik
- Bahulu Original
-
Bahulu Pandan Coklat Rice
1 unit 4pcs RM 1.60
Untuk makluman pakej doorgift :
Bahulu pecah 8 Original + kotak
Beralamat:
Kg Lepan Jenut, Manek Urai
18000 Kuala Krai.
Kelantan
www.bahulusedap2u.blogspot.my
fb : akok Sri Jenut
KRAI KONKRIT TAMAN PPD
Mohd Nor Bin Jaafar merupakan pemilik syarikat Krai Konkrit Taman PPD. Syarikat beliau membekalkan pelbagai bahan binaan seperti tiang, belindan, batu nisan, pagar dan banyak lagi. Syarikat beliau mengeluarkan design terbaru mengikut peredaran masa. Tidak hairan lah syarikat beliau menjadi tumpuan orang ramai.
Bermula perniagaan kecil- kecilan,beliau memulakan perniagaan ini dengan hati yang cekal dan terus berusaha memajukan perniagaan beliau.
Kini, beliau bangga dengan pencapaian syarikat yang diusahakan berpuluh- puluh tahun lamanya. Sekarang beliau sudah mempunyai 5 orang pekerja kerana permintaan yang tinggi.