Taman Tasik Krai adalah satu-satunya Taman Rekreasi di Kuala Krai. Taman Rekreasi Tasik Krai dilancar dengan rasminya pada 15 Disember 1998. Semenjak pelancarannya Taman Rekreasi Tasik Krai menjadi tumpuan kepada orang ramai terutama sekali warga Bandar untuk mengadakan aktiviti-aktiviti riadah. Kemudahan-kemudahan rekreasi disamping persekitaran yang sesuai menjadikan Taman Rekreasi Tasik Krai menjadi tarikan kepada semua peringkat umur. Tasik Krai adalah merupakan lokasi yang amat sesuai untuk penempatan alat- alat permainan air seperti Duck Padle,perahu berkayuh dan kayak. Di mana tempat yang sesuai untuk penggemar aktiviti riadah samada berjoging bersenam bermain alat permainan kanak-kanak bersiar-siar dan sebagainya.
Sumber: http://www.come2kelantan.my/place/taman-tasik-kuala-krai/