mcmc
Laporan Aktiviti

OKTOBER 2021 – KURSUS LATIHAN DALAM TALIAN PENGENDALI MAKANAN

Kursus makanan 1

KURSUS LATIHAN DALAM TALIAN PENGENDALI MAKANAN

Tarikh : 16 Oktober 2021

Hari : Sabtu

Jam : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari

Anjuran : Sekolah Latihan Pengendali Makanan NZ Bunga Venture

Penceramah : Nur Nadiah Binti Shahrom (Koordinator SLPM NZ Bunga Venture

Peserta : 2 Orang

Nama peserta : 

1) Nur Shahiereen Binti Shaharuddin

2) Wan Nor Azmah Bt Wan Md Nor

 

Tujuan :

Pada 16 Oktober 2021, Hari Sabtu, Sekolah Latihan Pengendali Makanan NZ Bungan Venture telah mengadakan kursus secara atas talian dengan komuniti. Seramai dua (2) orang peserta dari komuniti telah menghadiri kursus tersebut. Aktiviti ini diadakan secara atas talian kerana  disebabkan oleh pendamik Covid-19.

Aktiviti :

Para peserta didedahkan dengan 4 bahagian iaitu :

  1. Pengenalan (syarat kursus, kuasa perundangan, kepentingan kebersihan dan keselamatan makanan).
  2. Kebersihan makanan (kesihatan diri dan pakaian, amalan baik mengendalikan makanan, 7 langkah mencuci tangan, penggunaan peralatan peralatan bersih dan sempurna, langkah pencucian peralatan, serta kebersihan dalam dan luar premis perniagaan).
  • Keselamatan makanan (pemilihan bahan mentah yang baik sebelum menyediakan makanan, pengendalian makanan dengan cara yang betul dan penjelasan cara menyediakan bahan mentah dan makanan yang bersih dan selamat)
  1. Faktor-faktor kritikal keracunan makanan (factor-faktor keracunan makanan dan mengetahui tindakan yang patut diambil untuk mengawal factor-faktor kritikal keracunan makanan)

Diakhir segmen bengkel tersebut, para peserta dikehendaki untuk menjawab kuiz yang telah disediakan oleh pihak Sekolah Latihan Pengendali Makanan NZ Bunga Venture.

 

Kursus makanan 1  Kursus makanan 2  Kursus makanan 3  Kursus makanan 4  Kursus makanan 5