OGOS 2023 – STEM : Roket Kertas
Tarikh : 28 Ogos 2023
Masa : 2.00 petang – 3.00 petang
Lokasi : PEDi Kg Pahi
Bilangan peserta : 4 orang
Tujuan :
– Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menerapkan daya kreativiti dalam diri pelajar-pelajar dalam menggambarkan apa itu roket pada bentuk termudah.
– Tambahan lagi, memperkenalkan kepada pelajar-pelajar tentang konsep sains seperti konsep kuasa,aerodinamik dan penerbangan dalam sesebuah roket.
Aktiviti :
– Pada awal kelas, peserta diperkenalkan tentang konsep sains seperti konsep kuasa,aerodinamik dan penerbangan dalam sesebuah roket.
– Kemudian, peserta diminta mereka bentuk dan membina roket menggunakan straw dan kertas.
– Konsep sains yang diterapkan melalui aktiviti ini ialah daya dan gerakan iaitu daya tolakan yang menggerakkan objek pegun, daya graviti, dan daya geseran.
Untuk lihat gambar, boleh klik Disini