mcmc
Maklumat Am

Maklumat Am

KUALA KRAI

Kuala Krai merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Ibu daerahnya ialah bandar Kuala Krai. Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Kelantan selepas Gua Musang dengan keluasan 2,287.10 kilometer persegi. Terdapat tiga daerah utama dalam jajahan ini iaitu Batu Mengkebang, Olak Jeram dan Dabong. Jumlah mukim di Kuala Krai ialah 35.

Kebanyakan penduduk di jajahan Kuala Krai mengusahakan tanaman getah dan Kelapa Sawit. Jajahan ini bersempadan dengan Gua Musang di selatan, Jeli di barat, Tanah Merah di barat laut, negeri Terengganu di timur dan Machang di utara.

Sebelum tahun 1977, Kuala Krai dikenali sebagai Ulu Kelantan dan merangkumi Gua Musang, Kuala Krai dan daerah Kuala Balah di selatan Jeli. Bandar Kuala Krai ketika itu bertindak sebagai ibu jajahan Ulu Kelantan. Kuala Krai ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir jajahan ini iaitu Majlis Daerah Kuala Krai (bagi kawasan utara jajahan) dan Majlis Daerah Dabong (bagi kawasan selatan jajahan).

Kuala Krai berkembang pesat setelah dibuka lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang pada Ogos 1983 yang merupakan laluan jalan raya ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. Dua sungai utama iaitu Sungai galas dan Sungai Lebir bertemu di Sungai Kelantan di bandar Kuala Krai. Terdapat stesen keretapi yang menghubungkan Tumpat ke Gua Musang.

PENDIDIKAN

Terdapat beberapa institusi pendidikan di Kuala Krai:

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2

Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kuala Krai

Sekolah Menengah Kebangsaan Keroh

Sekolah Kebangsaan Batu Mengkebang

Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1

Sekolah Menengah Kebangsaan Pahi

Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh

Sekolah Kebangsaan Lata Rek

Sekolah Menengah Teknik Kuala Krai / Kolej Vokasional Kuala Krai

Maktab Rendah Sains MARA Kuala Krai

Kolej RISDA

Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil

JAJAHAN KUALA KRAI

Mukim Batu Mengkebang

Mukim Enggong

Mukim Gajah

Mukim Kandek

Mukim Kenor

Mukim Kuala Geris

Mukim Kuala Krai

Mukim Kuala Nal

Mukim Kuala Pahi

Mukim Kuala Pergau

Mukim Kuala Stong

Mukim Mambong

Mukim Manek Urai

Mukim Manjor

Mukim Telekong

Bandar Kuala Krai

 

Maklumat Am Mukim Pahi

               Parlimen

Kuala Krai

    Nama YB Ahli Parlimen

YB Ustaz Abdul Latif bin Abdul Rahman

Dun

Guchil

Nama YB ADUN

YB Hilmi Bin Abdullah

Daerah/Jajahan

Kuala Krai

Nama Penghulu Mukim

En. Mohd Khairul Anuar Bin Mohamad Nor