Q2 2023 – KISAH KEJAYAAN USAHAWAN FAIRUSLINDA
Nama Penuh : FAIRUSLINDA BINTI MAT JUSOH
Umur : 38 tahun
Bentuk perniagaan : Barangan kemas dan beg tangan
Latar belakang – Puan Fairuslinda atau mesra dikenali dengan nama Kak Linda merupakan seorang usahawan yang menjalankan aktiviti perniagaan barangan kemas dan beg tangan. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi – Sebelum penglibatan beliau dengan PEDi, beliau kurang mahir menggunakan platfom media sosial untuk aktiviti perniagaan dan mengiklankan produk yang beliau jual di media sosial. Selain itu, perniagaannya lebih kepada jualan secara “offline”. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi – Pada awal tahun 2023, beliau mula menghadiri kelas keusahawanan di PEDi Kampung Pahi. Antara kelas keusahawanan yang beliau sertai ialah Tiktok Shop. Selain itu, beliau juga pernah menghadiri kelas-kelas online khusus untuk usahawan seperti Pengurusan Kewangan Perniagaan dan Pengurusan Sumber Manusia. Setelah menghadiri kelas keusahawanan, beliau telah mahir untuk mempromosikan produk jualannya melalui platform media sosial seperti Whatsapp, Facebook dan Tiktok Shop. |
Apa yang dipelajari melalui PEDi
- Latihan Keusahawanan (Tiktok Shop)
- Kelas Online (Pengurusan Kewangan Perniagaan & Pengurusan Sumber Manusia)
Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- Dengan menghadiri kelas keusahawanan seperti Tiktok Shop di PEDi Kampung Pahi, beliau telah mahir dalam platform jualan di media sosial.
- Selain itu, beliau juga sering mengunjungi PEDi Kampung Pahi untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan disini.
Gambar dan keterangan :
1) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
Puan Fairuslinda sedang mengikuti kelas keusahawanan Tiktok Shop yang diadakan di PEDi Kampung Pahi.
2) Produk / Hasil Transformasi
(Barangan kemas)
(Beg tangan)
Antara produk yang dijual oleh Puan Fairuslinda. Barangan kemas dan beg tangan.
- 3) Promosi di Media Sosial
Tonton video Disini