JANUARI 2024 – Keusahawanan: Kursus Pengendalian Makanan
Tarikh : 14 Januari 2024
Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
Lokasi : PEDi Kg Pahi
Bilangan peserta : 4 orang
Tujuan :
Tujuan kursus ini diadakan adalah memberi pengetahuan kepada usahawan tempatan khususnya mereka yang berniaga makanan tentang cara pengendalian makanan yang betul.
Aktiviti :
1) Pada permulaan kursus, para usahawan diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing termasuk jenis perniagaan yang sedang dijalankan.
2) Kemudian, mereka diberi taklimat oleh tenaga pengajar iaitu Cik Nadiah dari NZ Bunga Venture.
3) Para usahawan juga diberi tugasan iaitu menjawab soalan-soalan kuiz yang telah disediakan oleh tenaga pengajar.
4)Terdapat juga sesi soal jawab yang berkaitan dengan tajuk kursus pada hari tersebut.
Untuk lihat gambar aktiviti, boleh klik Disini