mcmc
Rekreasi & Pelancongan

ISTANA SANGKUT, LATA CHATEL

ISTANA SANGKUT, LATA CHATEL, MANEK URAI, KUALA KRAI

Istana sangkut merupakan lata berserta ecopark yang baru dibuka akhir tahun 2019 di Kg Chatel, Lata Rek, Kuala Krai. Apa yang best disini adalah air latanya yang jernih cantik behijauan pada musim kemarau. Istana Sangkut terletak berhampiran kawasan perkelahan Lata Rek. Jadi pengunjung yang datang di situ boleh singgah di kedua-dua tempat. Kedua-duanya berada di laluan Sungai Rek.

Tempat itu juga menempatkan resort berkonsep tradisional yang mengekalkan keindahan flora dan fauna. Lokasi perkelahan keluarga yang baru dibuka ini bakal menjadi checkpoint bagi para pelancong luar dan pengunjung tempatan sempena Tahun Melawat Kelantan 2020. Antara aktiviti boleh dibuat ialah :

  • 1) Bergambar
  • 2) Mandi di Lata
  • 3) Berkelah
  • 4) Sewa khemah dan bermalam
  • 5) Sewa chalet dan bermalam
  • 6) FLying fox
  • 7) Pelbagai aktiviti lasak

 

    

 

Sumber : Istana Sangkut, KG CHATEL,LATA REK,KUALA KRAI.