TARIKH | 19 APRIL 2025 |
MASA | 10.00 PAGI – 5.00 PETANG |
PESERTA | PELAJAR LELAKI |
LOKASI | NADI KAMPUNG PAHI |
Tujuan:
- Tujuan saringan Mobile Legends Musim 2 ini adalah untuk mencari wakil yang akan mewakili NADI dalam pertandingan yang lebih besar.
- Selain itu, terdapat banyak kebaikan e-Sukan, antaranya kemahiran mengatur strategi. Melalui permainan ini, pemain dapat belajar untuk merancang dan melaksanakan strategi, yang boleh dipindahkan ke dalam situasi kehidupan sebenar.
- Kerjasama pasukan dalam permainan seperti Mobile Legends memerlukan komunikasi dan kerjasama yang baik, membantu membina kemahiran kerja berpasukan.
- Di samping itu, pemain dapat belajar untuk menghadapi tekanan dan mengatasi cabaran yang meningkatkan daya tahan mental.
- Tambahan pula peluang pekerjaan dalam bidang e-Sukan semakin berkembang sebagai industri, membuka peluang untuk kerjaya dalam pelbagai bidang seperti pengurusan, pemasaran, dan kejurulatihan.
Aktiviti:
- Memberi pendedahan kepada peserta tentang peraturan rasmi pertandingan, etika permainan, dan penggunaan teknologi secara berhemah.
- Peserta bertanding secara online di ‘room MLBB’ serta dipantau oleh HQ melalui discord.