STEM: PAPER ROCKET
Tarikh : 26 April 2024
Masa : 2.45 petang – 3.45 petang
Lokasi : NADI Kampung Pahi
Bilangan peserta : 5 Orang
Tujuan :
Untuk meningkatkan kepekaan dan membabitkan peserta dalam inkuiri dan penerokaan terbuka. Peserta dapat bergerak serta belajar secara berpasukan dalam penyelesaian masalah, mengaplikasikan pemahaman STEM dalam kehidupan seharian dan memberi peluang menambah baik kerja dan produk yang dihasilkan.
Aktiviti :
1) Pada permulaan aktivti, petugas nadi menyediakan bahan dan peralatan lengkap untuk membina roket kertas.
2) Kemudian, peserta ditayangkan video melalui ‘Youtube’ tentang cara-cara penyediaan kertas roket.
3) Peserta akan mengikut dan menghasilkan roket kertas mengikut video yang dipertontonkan.
Untuk lihat gambar, boleh klik Disini