mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2019- USAHAWAN- ROS NAILAH

22

USAHAWAN- BAKERY

Nama    : ROS NAILAH BT MD NOR

Umur     : 36 TAHUN

Ahli        : NOV 2013

Latar belakang

Pn. Ros Nailah merupakan seorang penjawat awam di salah sebuah kementerian. Beliau mempunyai 4 orang cahaya mata yang masih bersekolah. Beliau mula berjinak-jinak dengan perniagaan setelah beliau didedahkan dengan media social

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebagai penjawat awam, Pn Nailah sememangnya tidak terdedah dengan media social disebabkan sibuk dengan tugas dan tanggungjawab terhadap keluarga. Beliau akhirnya berkunjung ke Pusat Internet atas saranan keluarga dan rakan sekerja. Beliau telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kg Pahi pada 16/11/2013. Beliau kerap mengunjungi PI samaada untuk menyertai program atau menggunakan perkhidmatan di PI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Nailah sering memberikan kerjasama apabila dijemput untuk menyertai kelas atau program yang diadakan oleh PI. Akhirnya dengan kemahiran ict yang diperolehi, beliau telah menyertai kursus bakery melalui online. Melalui kelas online tersebut, beliau dapat menimba ilmu pengetahuan dengan kemahiran berkaitan penyediaan, pembuatan dan hiasan roti. Beliau juga turut mempromosikan perniagaannya melalui laman social seperti FB, dashboard dan whats app.

                                               22