mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2019- USAHAWAN- NABINAR

222

USAHAWAN- JAHITAN

Nama    : SITI NABINAR

Umur     : 23 TAHUN

Ahli        : JAN 2017

Latar belakang

 Cik Siti Nabinar merupakan seorang graduan diploma dari politeknik. Setelah menamatkan pengajiannya, beliau seperti lepasan graduan lain mencari peluang kerjaya. Namun, dengan kekangan ekonomi kini beliau sukar untuk mendapatkan suatu pekerjaan yang diingininya. Seterusnya, beliau mencuba nasib dalam menghasilkan perniagaan makanan seperti kek dan kuih secara kecil-kecilan. Kini, beliau telah menamatkan pengajian dalam bidang kemahiran jahitan yang dipelajarinya di Giat Mara Jeli, Kelantan.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebagai lepasan graduan tempatan, Cik Siti Nabinar sememangnya telah memiliki kemahiran dalam penggunaan ICT. Beliau telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kg Pahi pada 4/1/2017. Beliau kerap mengunjungi PI samaada untuk mencari peluang pekerjaan atau menggunakan perkhidmatan di PI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cik Siti Nabinar sering memberikan kerjasama apabila dijemput untuk menyertai kelas atau program yang diadakan oleh PI. Selain itu, melalui penyertaan beberapa kelas yang disertainya, beliau dapat meningkatkan kemahiran ICTnya terutama dalam bidang adobe photoshop. Beliau juga turut mempromosikan perniagaannya melalui laman social seperti FB.

                                                   222