Pn Saadah adalah seorang surirumah yang mempunyai 1 orang anak. Beliau merupakan seorang pelajar dari Universiti Malaysia Sabah. Beliau menceburi bidang ini 2 tahun lepas disebabkan tidak mendapat sebarang tawaran pekerjaan dalam bidang yang dipelajari, Pn Saadah mula berjinak-jinak dengan bidang kecantikkan. Dengan dorongan keluarga, beliau akhirnya berjaya membuka butik pengantin. Pn Saadah ingin meningkatkan pasaran perniagaan beliau melalui atas talian dan beliau memilih untuk menyertai kursus keusahawanan yang di tawarkan di Pusat internet kg Pahi. Setelah beberapa kali hadir ke pusat internet dengan menyertai kursus- kursus yang ditawarkan, beliau akhirnya dapat memasarkan produk beliau secara atas talian (online). Beliau mempromosikan perkhidmatan dan produk beliau menerusi facebook dan juga Instagram.