Semakin ramai ingin mempelajari senaman Zumba berikutan kepelbagaian muzik serta pergerakan ketika bersenam dapat memberikan keseronokan dan mampu menghilangkan tekanan.
Zumba merupakan satu tarian senaman aerobik lengkap kerana ia menggabungkan aspek kecergasan dan kekuatan. Senaman ini mampu membakar lemak serta meningkatkan tahap metabolisme dan membantu membentuk tubuh wanita menjadi lebih cantik dan menarik.
Persatuan wanita Kg Pahi juga tidak ketinggalan untuk mengadakan aktiviti senaman Zumba. Pelbagai peringkat umur, suri rumah mahupun wanita yang bekerjaya turut sertai senaman ini. Aktiviti ini diadakan dua kali seminggu setiap rabu dan khamis jam 4.00 – 6.00 petang.