Bubur Asyura atau ‘Bubur Suro’ adalah makanan yang dibuat dengan menggunakan pelbagai campuran ramuan sempena meraikan bulan Muharram. Jamuan bubur asyura yang diadakan secara gotong-royong merupakan antara tradisi masyarakat melayu secara turun temurun apabila tiba bulan Muharram.
Komuniti Kg Pahi juga turut mengadakan jamuan bubur Assyura pada 15 september 2018 yang lepas. Jamuan ini disertai semua komuniti yang berdekatan. Aktiviti memasak bubur asyura dapat mengeratkan hubungan sesama penduduk kerana sukar dilakukan sendirian, sebaliknya menuntut semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat. Bubur kemudiannya diisi dalam bekas makanan dan diagih-agihkan kepada masyarakat setempat untuk sama-sama merasa keenakannya