Puan Rosmani merupakan suri rumah yang mengusahakan patung beruang sebagai pendapatan tambahan beliau selain beliau mengambil upah untuk menjahit pakaian seperti baju kurung, jubah dan pelbagai lagi. Kemahiran Paun Rosmani bermula ketika beliau mengikuti kursus teddy bear anjuran singer dari Kuala Krai di Pi1M kg pahi pada awal tahun 2018 tempohari. Beliau berminat dan terus memasarkan patung beruang buatannya sekitar kampung dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Harga anak patung berdasarkan saiz dan jenis fabrik.