STESEN KERETAPI PAHI

Kemudahan Asas | 18 March 2018

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)  merupakan pengangkutan kereta api utama di Semenanjung Malaysia. Stesen Keretapi Pahi ialah sebuah stesen kereta api kecil yang terletak di Pahi, Kuala Krai, Kelantan dan berada di bawah pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Stesen ini merupakan sebahagian daripada Laluan Pantai Timur (Jungle Railway) yang menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur dan pedalaman Semenanjung Malaysia. Ia berfungsi sebagai hentian bagi perkhidmatan tren penumpang, terutamanya untuk penduduk setempat yang menggunakan pengangkutan awam bagi urusan harian, pekerjaan dan perjalanan antara bandar.Walaupun berskala kecil dan berkemudahan asas, Stesen Keretapi Pahi memainkan peranan penting sebagai akses pengangkutan darat bagi komuniti luar bandar, serta menyumbang kepada pergerakan ekonomi dan sosial di kawasan Pahi dan Kuala Krai.

Majoriti penduduk di Kg Pahi menggunakan perkhidmatan KTMB ini sebagai pengangkutan mereka ke pekan atau destinasi lain. Caj atau tambang perkhidmatan KTMB yang berpatutan ini menyebabkan perkhidmatan ini masih lagi mendapat sambutan sehingga kini.

ap