1) Golongan Belia di kg pahi dan sekitar pahi aktif dalam bidang sukan. latihan dan aktiviti bersukan dijadikan aktiviti beriadah. walaupun sebilangan golongan belia merupakan penjawat awam, swasta dan lain- lain pekerjaan, tidak menghalang mereka untuk bersukan.
2) Selain itu golongan belia di daerah Kuala Krai ini juga aktif dalam aktiviti berbasikal. Tidak mustahil golongan belia yang mempunyai minat yang tinggi dan konsisten dalam aktiviti berbasikal mungkin boleh mewakili negeri atau negara di kemudian hari seperti atlet-atlet berbasikal yang lain. Sayang sekali jika golongan belia masih leka bermotosikal dan melepak sedangkan aktiviti berbasikal mampu membina tubuh badan yang sihat serta banyak manfaat positif yang lain.
3) Aktiviti sukan lain yang menjadi minat golongan belia di daerah kuala krai ialah futsal, bola sepak, takraw, dan badminton.
4) Selain Aktiviti bersukan, golongan belia di sini juga aktif dalam kegiatan- kegiatan yang melibatkan perkhidmatan seperti menceburi Misi Bantuan pasca Banjir, rakan cop, askar wataniah dan banyak lagi.