mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2025 – KISAH KEJAYAAN (USAHAWAN CILIK)

NAMANOOR RABIATUL ADAWIYAH BINTI ABDUL RAHMAN
UMUR13 TAHUN
TAHUN MENJADI AHLI TAHUN 2023

Latar Belakang:

Noor Rabiatul Adawiyah merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pahi yang berusia 13 tahun. Beliau aktif di sekolah dan bersemangat tinggi telah dipilih sebagai Usahawan Cilik NADI. Minatnya terhadap dunia perniagaan mendorong beliau untuk mencuba cabaran baharu walaupun masih di bangku sekolah. Dengan sokongan keluarga dan sifat kepimpinan yang ada dalam diri, beliau berhasrat untuk menjadi seorang usahawan muda yang berjaya pada masa hadapan.

Sebelum penglibatan NADI:

Sebelum menyertai program Usahawan Cilik NADI, Noor Rabiatul Adawiyah kurang pengetahuan tentang asas perniagaan. Beliau tidak tahu bagaimana untuk merancang strategi pemasaran, mengurus kewangan atau menyediakan operasi perniagaan dengan baik. Keyakinan untuk memperkenalkan produk juga masih rendah kerana hanya bergantung pada idea sendiri tanpa panduan yang jelas.

Selepas Penglibatan NADI:

Namun, selepas mengikuti program ini, Noor Rabiatul Adawiyah memperoleh banyak ilmu yang bermanfaat. Beliau kini lebih faham tentang pengenalan perniagaan serta mampu merangka pelan pemasaran secara tersusun. Peserta juga belajar mengurus kewangan dengan betul, termasuk cara membuat bajet dan mengawal aliran tunai. Selain itu, beliau dapat memahami kepentingan operasi perniagaan untuk memastikan kelancaran pengurusan. Paling penting, keyakinan diri peserta semakin meningkat apabila berpeluang mempraktikkan ilmu dalam perniagaan sebenar.

Gambar disini

Video Disini