mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2024 – Celik IT (Latihan Komputer) Pelajar Sekolah

Q2 2024 – Celik IT (Latihan Komputer) Pelajar Sekolah

Nama penuh :NOOR RABIATUL ADAWIYAH BT AB RAHMAN 

Umur : 12 tahun

Latar belakang

Noor Rabiatul Adawiyah Bt Ab Rahman atau lebih dekat dikenali sebagai Adawiyah merupakan salah seorang ahli NADI Kampung Pahi. Beliau telah mendaftar sebagai ahli sejak tahun 2023. Adawiyah merupakan pelajar tahun 6 pada tahun 2024. Beliau menuntut ilmu di Sekolah Kebangsaan Pahi. Adawiyah sering mengikuti kelas-kelas ICT seperti pengenalan dan fungsi perkakasan komputer, latihan menaip menggunakan Microsoft Office Word dan membuat slide pembentangan menggunakan Microsoft Power Point di NADI Kampung Pahi. Beliau mengikuti kelas-kelas ICT di NADI Kampung Pahi kerana beliau ingin menambah ilmu pengetahuan tentang ICT. Dengan menghadiri kelas-kelas ICT di NADI Kampung Pahi, beliau dapat menambahkan ilmu pengetahuan serta mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam meyiapkan tugasan yang dberikan oleh guru disekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menyertai kelas ICT di NADI Kampung Pahi, Adawiyah kurang mahir menggunakan komputer. Beliau mula mengikuti kelas latihan komputer kerana ingin menambahkan ilmu pengetahuan tentang komputer dan meningkatkan kemahiran beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mengikuti kelas ICT di NADI Kampung Pahi, Adawiyah semakin mahir menggunakan komputer. Beliau kini dapat mengenali tentang perkakasan komputer, fungsi komputer, dan cara penjagaan komputer. Selain itu, beliau juga semakin mahir menaip dan boleh menyediakan slaid pembentangan yang ringkas. Selain itu, beliau juga turut mempelajari aplikasi Canva. Melalui aplikasi tersebut, beliau mempelajari cara-cara mencipta logo dan poster. Akhir sekali, beliau juga mampu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas NADI Kampung Pahi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Apa yang dipelajari melalui NADI

-pengenalan kepada perkakasan komputer

-fungsi perkakasan komputer

-cara penjagaan komputer dengan betul

-asas menaip (Microsoft Word)

-membuat slaid pembentangan (Microsoft Power Point)

-Mencipta logo dan poster (Canva)

-tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB)

-Kuiz

Bagaimana NADI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • – NADI Kampung Pahi membantu melalui penyediaan fasiliti yang lengkap dan selesa untuk memudahkan peserta yang menyertai kelas latihan yang diadakan di NADI Kampung Pahi.
  • – Menyediakan kelas tambahan dalam pelbagai aspek ilmu ICT seperti Canva.

Tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB) dan penerangan untuk meningkatkan tahap kesedaran agar peserta dapat menggunakan internet dengan berhemah dan bijak.

Untuk lihat gambar, boleh klik Disini