MEI 2024 – Keusahawanan: Kursus Pengendalian Makanan
Tarikh : 10 Mei 2024
Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
Lokasi : Online di NADI Kampung Pahi
Bilangan peserta : 1 orang
Tujuan :
Tujuan kursus ini diadakan adalah memberi pengetahuan kepada usahawan tempatan khususnya mereka yang berniaga makanan tentang cara pengendalian makanan yang betul.
Aktiviti :
• Pada permulaan kursus, para usahawan diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing termasuk jenis perniagaan yang sedang dijalankan. • Kemudian, mereka diberi taklimat oleh tenaga pengajar iaitu Cik Nadiah dari NZ Bunga Venture.
• Para usahawan juga diberi tugasan iaitu menjawab soalan-soalan kuiz yang telah disediakan oleh tenaga pengajar.
• Terdapat juga sesi soal jawab yang berkaitan dengan tajuk kursus pada hari tersebut.
Untuk lihat gambar, boleh klik Disini